Rak kasut yang agak berbeza dan berciri antik ini adalah diperbuat daripada kayu chengal dan kayu sleepers keretapi yang terpilih agar mempunyai personaliti dan gaya vintage. Ia mempunyai ruang udara agar udara dapat mengalir bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh memuatkan 40 pasang kasut dalam sesuatu masa. Engsel dan pemegang pintu diperbuat daripada besi tahan lasak dan bermutu tinggi. Diperbuat agar sesuai dengan hiasan dan suasana luar rumah serta tahan lasak daripada terkena air hujan dan habuk serta debu.
No comments:
Post a Comment